Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU...

*bukan niat untuk mengikut sambutan yang diamalkan orang barat, cuma hanya mengambil kesempatan ini bagi menulis secebis rasa mengenai insan yang bergelar ibu... *


ibu, mak, mama, umi, atau apa sahaja panggilan yang kita tuturkan untuk memanggil seorang hamba Allah yang sangat mulia di dunia ini.. dia lah malaikat yang menjaga kita, melindungi kita malah sentiasa di sisi kita walaupun kita sering melakukan pelbagai perkara yang menyakitkan hati malah mengguris hati mereka...
setidak rapat mana pun seorang anak itu dgn ibunya, sebenci mana pun seorang anak terhadap ibunya, itulah jua insan yang akan sentiasa kita cari terutama disaat kita sedih, jatuh, da x mampu berbuat apa2....malah sebelum mati juga, tanpa doa dan restu ibu, pasti kita akan meninggalkan dunia ini daam keadaan yang serba hina..NAU'ZUBILLAHI MIN ZALIK..

ibu bukan sahaja merujuk kepada ibu yang melahirkan kita, tapi juga insan2 mulia yang sentiasa disisi kita disaat kita meneruskan perjuangan dalam kehidupan duniawi ini..

post saya pada hari ini merupakan tribute serta ingatan yang xterhingga saya tujukan kepada insan2 yang saya telah anggap sebagai ibu sendiri..

1) MAMA




mama merupakan ibu kandungku..dialah yang melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kasih sayang..leterannya walaupun kadangala membuatkan aku memberontak (maklumlah, baru nak meningkat dewasa, darah masih 'panas'..darah muda yg masih mentah dan x mengerti tentang realiti kehidupan yang sebenar)tetapi aku tahu itu semua untuk kebaikan ku juga..tidak pernah merungut dan jemu dalam memastikan dan memberikan yang terbaik demi anak-anaknya..dipastikan kami cukup semuanya..hatinya cukup lembut...dalam ketegasannya, kelembutannya turut terserlah...beliau amat risau jika berlaku sesuatu kepada anak-anaknya...malah anak-anak juga tidak pernah lekang dari doanya...terutama macam sekarang, musim pepriksaan, dalam kerisauan seorang anak sibuk menelaah pelajaran, begitu juga sang ibu yang x putus2 berdoa, berpuasa sunat, membaca yaasin mendoakan yang terbaik untuk anaknya...terima kasih mama atas segalaya..adik x mampu nak balas semua itu..buat masa sekarang, hanya doa yang dapat adik titipkan buat kesejahteraan mama dan ayah...





2) MAK



mak merupakan insan yang sentiasa ada dalam ingatannya..beliau insan yang sangat mulia..menjaga, mengasuh aku sejak kecil..oleh kerana ibuku bekerja, jadi selepas habis tempoh berpantang, kebanyakan masaku dihabiskan bersama mak..aku dibesarkan seperti anaknya sendiri...dialah tempat aku bergurau,bermanja, bercerita, dan tempat aku mengenal dunia..tidak ramai insan di luar sana yang mampu menjaga dan menganggap orang luar/anak orang lain seperti darah dagingnya sendiri...aku sungguh bertuah dan bersyukur kerana dijaga dan dibesarkan di tangan mak sendiri...mak,yana minta maaf sebab dah lama x jenguk mak..kehidupan di universiti menuntut banyak masa ..mak, yana janji, bila yana ada masa free, pasti yana datang lawat mak...yana rindu masakan mak...rindu nak berbual dgn mak...yana rindu mak sangat2x...jaga diri baik2 ye mak dan abah di sana..yana akan pastikan sesibuk mana pun yana, setiap hari raya yana pasti akan kerumah mak..jenguk mak...ziarah mak..teirma kasih mak kerana membesarkan yana dan anggap yana macam amnak kandung mak sendiri...yana sayang mak...






3)ACU

acu merupakan adik kepada ibu kandungku....kenapa aku menganggap die ibarat ibuku sendiri? kerana dia telah byk berjasa kepadaku..aku ditatang sejak kecil ibarat anaknya sendiri...beliau melimpahkan aku dgn segala kemahuanku dituruti..setiap kali beliau membeli apa2, pasti beliau membelinya sepasang kerana satu untuk anaknya dan satu untukku...acu, walaupun liana jarang tunjuk dan zahirkan kasih sayang liana kat acu, tp dlm hati ini, liana amat bersyukur mempunyai ibu saudara yang amat rapat dgn liana..malah acu xpernah berkira apa2 pun dgn liana...liana x mampu balas ape2 pun kat acu...apa yang liana boleh buat skrg hanyalah dapat m'jaga anakmu,atia seperti adik sendiri seperti yang acu selalu pesan dan hanya doa sahaja mampu liana hulurkan...liana sentiasa berdoa agar acu sentiasa sihat,panjang umur dan murah rezeki selalu..moga tuhan memberi kesempatan untuk liana balas jasa dan budi acu suatu hari nnt..





kepada insan lain yang aku turut anggap sebagai ibuku iaitu guru2ku di sekolah,di kolej matrikulasi dan di universiti....selamat hari ibu saya ucapkan...


jasa2 kalian xmampu ku balas..hanya tuhan yang dapat membalasnya....

saya sayang semua IBU2 saya...

semoga kalian sentiasa hidup dibawah rahmat dan naungan tuhan...



SAYA SAYANG IBU...

1 comment: