Monday, November 1, 2010

24 May 2010 - my bitter life...

aku rase sedih sgt skrg....tersngat2 sedih...

bg aku ini kali kedua perkataan yang paling menghiris ati aku yg diucapkan oleh mak aku sepanjang 19 tahun aku hidup....xperlu aku ulas disini kerana kata2 yg dilemparkan TERAMAT SANGAT menghiris jiwa ini..aku tau rasa hati aku yg sakit sgt ini boleh bertukar menjadi dendam yg membara dalam ati aku....

org luar mungkin melihat aku ni anak manja yg rapat gler dgn parents...tp...didalam hati aku sorang pon x tau aper yg tersirat...

sejk dr kecil berumur hanya 40 hari aku telah ditempatkan di rumah org jaga aku yg digelar mak..manakala mak kandung aku dipanggil mama...
mak membesarkan aku dengan penuh perhatian dan kasih sayang sejak aku hanya 40 hari hingga lah 12 tahun ..tetapi itu x membuatkan hbgn kami putus disitu...aku masih mengunjungi beliau di rumahnya hingga saat ini kerana bagi ku..dialah ibuku...tempat ku berlindung...
mak amat memahami aku..walaupun dia orang lama dan tidak bersekolah tinggi..tetapi dia amat mengambil berat akan pelajaran aku....dirumahnya,walaupun aku hanya makan nasi lauk telur goreng dan kicap shj,aku boleh tambah sampai 2 pinggan kerana aku rasa sedap sgt ...

dr kecil....semasa dr tadika..bila org tanye kita syg siapa antara ayah atau mak..aku akan jawab ayah..dan aku akan kata bahawa aku benci mama...
aku tau aku x sepatutnye kate mcm tu kerana die insan yg melahirkan aku tp aku selalu berharaplah mak adalah mak kandung aku...T_T
sejak aku kecil..mama dan ayah bz bekerja..tp bila pulang,ayah masih ada masa bersamaku..tp mama....apabila balik keje...die penat..pastu mudah marah dan terus tido....

aku xdpt rase kasih syg dr die mase kecil...terdetik rasa cemburu dalam hatiku bila melihat kawan2ku yg rapat dgn mak dorang..boleh bercerita tentang apa sahaja kepada mak dorang..dorang dgn mak dorang sume mcm kawan..tp aku......='(
syukurlah aku masih punyer ayah yg amat sgt melindungiku dan menyayangiku sepenuh ati..walau betapa sibuknya dia berkhidmat demi negara tercinta,anak kecil ini sentiasa di ingatan..ayah adalah insan yg tidak boleh lihat anaknya bersedih,menghadapi kesusahan dan sebaginya.dia amat memahamiku...dia amat masak dengan perangaiku..bila ayah aku di masukkan ke hospital satu masa lalu..aku rase sunyi sgt rasa di rumah tanpa ayah.sedikit sebanyak aku dpt rasa apa akan jadi kepadaku kalau ayah tiada di dunia ni..

ayah..
adik bersyukur sgt mempunyai ayah dalam hidup adik..ayah sangat sabar dgn perangai dan kerenah adik....walaupun ayah dan adik selalu bertikam lidah tetapi itulah yg membuat hbgn kita bertambah erat kerana kita dua sering berlaku jujur kepada satu sama lain..
ADIK SAYANG SANGAT KAT AYAH.......

No comments:

Post a Comment